Hari Isnin 2 Mac, masa aku balik dari kerja drive ikut jalan Kuching. Masa tu jalan “Jem” maksudnya byk kereta bukan sapu jem atas roti. Dalam keadaan Jem tu kereta Proton Savvy aku yang hansome cuba masuk ke “line” jalan sebelah kanan dari “line” tengah. Dalam keadaan terkial-terkial perlahan (ada la dalam 1-5km/j) cuba memasuki ke laluan kanan “BAM” dari sebelah kanan kena langgar dengan Toyota Vios dan “BAM” sekali lagi dari sebelah kiri Kereta aku langgar kenderaan dari sebelah kiri disebabkan ganjakan/peralihan yang berpunca dari perlanggaran kereta sebelah kanan. sebuah Teksi model Proton Iswara aku langgar sebelah kiri (pergh apa ni, aku pun mcm tak paham).
Driver teksi tu terus memandu kesebelah kiri jalan dan di ikuti aku perlahan lahan, Driver Vios tu pun sama tapi jauh sikit dari kereta aku dgn Teksi tu, ada la dalam 50M.
Driver Toyota Vios keluar dari kereta dia dan tengok-tengok kereta dia lepas tu masuk balik dalam kereta dia dan nak jalan/blah, tapi nasib baik ditahan oleh pemandu teksi tadi. (celaka betul dah langgar kereta orang nak blak plak)
So terjadilah pertikam lidah aku dengan driver Vios tu “i Didn’t saw car, suddenly your car coming in to my line” -ni lah manusia dah buat silap taknak mengaku plak-
aku malas plak nak terang apa aku gaduh kan dgn orang nie. So aku pendekkan cerita jer la. Driver vios ni bayar Teksi RM150.00 sebab aku langgar teksi ni aku tetap salahkan dia sebab dia punca. Dia bayar aku RM300.00 untuk kerosakkan fender sebelah kiri kereta aku. Tapi masa mula-mula tu dia tanak bayar sebab dia kata aku yang salah sebab main masuk je ke jalan dia. Semua agree tanak libatkan Polis sebab dia yang mintak. So masa dia bayar aku, aku call kawan aku dulu tanya cukup tak? kawan aku cakap cukup so “it’s a deal”.
Then apa lagi gerak la semua, aku yang terakhir bergerak. Masa nak jalan tu kereta aku mcm berat sgt nak bergerak, so aku bawak la slow² ada la dalam 20KM/j sampai kedai tayar sebab nak check kenapa mcm susah nak gerak kereta aku. After several check “aisehh “steering tie rod” dah bengkok. Kalau aku sedar benda alah ni bengkok dah tentu aku jerk Driver Toyota Vios nie Lebih sikit.
So “steering tie rod” ni aku dah tukar baru semalam kena charge dalam RM150.00, bakinya nak betulkan fender kiri yang bengkok? Alamak tak cukup pulak nampaknya kena tambah sendiri la. Aku tak kesah sangat nak tambah. Sebab kalau aku buat report haritu Confirm dgn aku sekali kena saman (sebab aku dah pernah kena mcm ni gak dulu) Kesalahan aku mesti kena Cuai ketika memandu. lepas tu teksi tu claim insuran aku lepas tu next renew insuran kereta aku jadi mahal tak pasal-pasal.
Dah la bulan lepas spoiler kereta aku pun kena curik kat Subang, baru cadang nak beli baru dah kemalangan plak. Tension Plak pikir pasal ni , takpelah benda dah jadi nak buat macam mana. Later aku post picture.
Tags: